Wednesday, 31 August 2016

Wanita Baik

Pernah kamu mendengar cerita tentang wanita baik?

Dia, yang berjuang tanpa lelah.

Dia, yang menahan perihnya luka,
rapuh dan tidak terlihat oleh sesiapa,
yang tetap tersenyum bahagia.

Wanita yang selalu tersenyum saat bertemu ibunya,
katanya, tidak ingin membuat orang lain susah.

Wanita dengan segala kemampuannya,
menampung segala bebannya.

Dan dia percaya, beban ditanggung sesuai kemampuannya.
Dia percaya bahawa Tuhan bersamanya.

Wanita baik itu, terlalu baik,
sampai dikatakan aneh oleh rakan-rakannya.

Dia bukan aneh,
 tapi cuma orang lain tidak memahami,
betapa mulia hatinya.

Wanita baik itu, ada.

Mungkin, kamu?

:)


Cinta yang sedang aku perhatikan.


Lain macam, tajuk.

Cinta dikatakan rumit oleh kebanyakan manusia, tafsirannya.

Namun, apapun tafsirannya, semoga ia adalah proses kita menuju kebaikan.


Jika cinta itu manusia, mungkin ia akan menjadi gemuk kerana terlalu kenyang dengan segala tuduhan dan definisi yang pelbagai.

Maka, aku tuliskan maksud cinta yang diterjemahkan bebas ini.

Cinta itu, boleh bermakna jamak, tunggal ataupun infiniti.

Cinta cahaya kepada klorofil, membuatkan ia menghasilkan kehidupan untuk semua. Begitu keindahan tercipta. Cinta dari dan kepada semua masyarakat, menghasilkan negara merdeka, kukuh, aman dan damai. Cinta yang diikat secara suci, tidak perlu menyakiti dan perlu saling menasihati maka akan menghasilkan madrasah yang berikutnya dinamakan keluarga. Hingga tiba kepada cinta Pencipta kepada hambaNya, mewujudkan taqwa, ianya tidak terbilang, sungguh. Infiniti.

Itu.

Meski tidak semua cinta itu mendekatkan, seperti matahari yang mencintai bumi tanpa mendekatinya. Kerana ia tahu bahawa mendekatinya hanya kan membalikkan erti dari cinta itu sendiri, meyakiti.

Lalu kini, bagaimana dirimu menceritakan jati diri cinta?

Biar jadi emosi.

Ini bukannya pertama kali aku diam tidak dapat berucap. Hanya di dalam batin tersimpan untuk diriku sendiri. Aku tidak menyalahkan sesiapa, atau keadaan pun aku tidak salahkan. Hanya aku, menyesal dan kecewa. Seolahnya ditinggalkan begitu sahaja, tiada jawapan penuh teliti. padahal mungkin tidak begitu sepatutnya. Ini mungkin hanyalah rasa takutku kepadamu.


Menangis? Jangan ditanya kerana aku biasa menangis ditutupi senyuman. Perasaan dan imanku berbolak-balik. Sebab itu aku meminta kepada Tuhan, mohon dijaga jiwaku. Sebab itu, aku menyerahkan segala kebergantunganku kepada Tuhanku.

Aku perlu menenangkan diri, sejenak. Dan perlu memahami, rasanya ditinggalkan setelah dipeluk erat seolah-olah tidak akan dilepaskan. Aku perlu memahami segala kemungkinan. Bagaimana rasanya berdiam.

Entah, kenapa aku menulis dan menjadi emosi seperti ini.

Maafkan aku.

Monday, 29 August 2016

Mahu ke mana kamu?

Sejak siang tadi, banyak yang menanyakan saya mahu ke mana.
Ada yang message via whatsapp, tag saya di Facebook, bahkan kiriman pesanan melalui email.
Saya tidak ke mana-mana.
Tapi jika ditanya mengapa saya belum juga memberitahu tentang apa yang terjadi hari ini, 
jawapan yang paling jujur, adalah kerana saya marah.

Menikmati waktu yang lebih lama dari biasa.

Menunggu hari itu, seakan ingin aku percepatkan waktu.

Ada banyak juga ketakutan yang aku fikirkan sekarang, yang aku tutup rapi dnegan senyuman.

Aku menutupkan takutku dengan membaca. Memberi bekal diriku di masa depan.

Kadang dengan itu, hatiku menjadi tenang.

Tulisan sekian lama.

Saya adalah satu dari sekian juta manusia yang menyukai puisi, bau buku-buku (perpustakaan/kedai buku) dan tulisan manusia yang menyentuh.

Selama waktu masih berjalan, selama itu kehidupan akan terus bercerita, salah satunya ditulis.

Hidup yang bermanfaat salah satunya dengan saling memberikan pengajaran, pelajaran dan menyampaikan hikmah.

Kalau pernah gagal, ceritakanlah sebabnya gagal dan bagaimana caranya bangkit kembali.
Kalau pernah meraih kejayaan, ceritakanlah perjuangan, agar orang meraih kejayaan yang sama.
Kalau pernah bahagia, ajarkanlah orang-orang untuk bahagia.
Kalau pernah berduka, ajarkanlah tentang kesabaran.

Inilah tulisan sekian lama, entah bila kembali suara dalam diri.







Tengah berperang di medan baru.

Bila sudah bertukar medan, kau kena berperang dengan jiwa. Yang pasti jiwanya sama, cuma ianya berbeza. Senjata berperang sudah cukup kau sediakan?
Tahu, ianya tidak sama di medan kau biasa.
Paling ditakutkan, kau terpengaruh dengan musim konflik dan manipulasi sikap yang berlaku.
Tsabatkan aku, Tuhanku.
Selamatkan aku, Tuhanku.
Saat bertukar itu, terasa amat menyesakkan.
Sedangkan dikatakan, jiwa kau kena kuat kan?
Namapun pejuang.
Itulah salah satu caranya.