Awan: Hujan, aku rindu.
Hujan: Kenapa mesti rindu? Kitakan baru saja bertemu. *senyum menyembunyikan perasaan*
Awan: Kamu datang cuma sebentar. Dan setiap kali kamu datang jugalah aku mesti melepaskan kamu. Bagaimana aku tidak rindu?
Hujan: Rasanya tidak perlu untuk aku ulangi lagi apa yang sudah aku beritahu, kan?
Awan: *diam* Kamu tahu.. kalau kamu ulang seribu kali pun aku tidak akan jemu, Hujan! Kerana itu tazkirah bagiku. Aku sedar aku ini lemah. Mudah goyah dengan perasaan. Bukankah Tuhan kita sudah berfirman dalam Surah Az-Zariyat ayat 55, "Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin."
Hujan: *senyum lebar* Kamu semakin matang, Awan. Tsumma Alhamdulillah. Aku jadi malu pada kamu.
Awan: Aku baru belajar, Hujan. Masih terlalu jauh untuk jadi yang terbaik. Sungguh, tarbiyah ini mematangkan.
Hujan: Awan.. kamu tahu, beruntung aku.
Awan: Alasannya?
Hujan: Kita mungkin tidak selalunya bersama. Kamu menampungku untuk sebentar cuma. Sebentar lagi, aku pasti akan turun ke bumi. Dan begitulah selamanya. Tapi, aku beruntung kerana masa yang sedikit ini betul-betul mengajar aku. Bersamamu, aku makin kenal diriku. Aku makin kenal Tuhanku.
Awan: Aku juga terlebih beruntung. Kerana nasihatmu yang membentuk diriku, yang mematangkan aku. Nasihatmu yang buat aku jadi tahu, cinta itu luas maknanya! Cinta saja tidak cukup kalau ikhlasnya bocor. Dan sekarang, aku belajar untuk ikhlas dalam setiap cubaan. Supaya cinta aku ada buktinya. Supaya cinta aku ada ertinya.
Hujan: *diam* Awan.. Sakitkan saat dilepaskan dan melepaskan? *sebak yang kuat ditahan*
Awan: Kamu juga yang beritahu aku.. ada waktunya, melepaskan itu lebih baik. Bukan? Kerana kita terlalu kerdil untuk menduga perancangan Tuhan. Mungkin kalau kita sering bersama, masa kita akan lebih terbuang. Tiada tazkirah dan nasihat seperti ini. Dan mungkin, akan ada rasa jemu di antara kita kerana selalu saja kita bersama.
Hujan: Allahu Rabbi.. Awan.. Awan.. Terima kasih Awan! Terima kasih untuk tarbiyah ini. Inilah tarbiyah paling indah dari kamu, Awan. *airmata jatuh untuk pertama kalinya di hadapan Awan*
Awan: Jangan kamu lupa, Hujan. Ini bukan tarbiyah dari Awan. Tap tarbiyah dari Awan punya Tuhan. *senyum lebar dengan mata berkaca*
Hujan: Subhanallah!
Asytari Srikandi, Orkid.

