Monday, 30 October 2017

Meneruskan yang terhenti sebentar.

Assalammualaikum.

Dalam proses menyelesaikan pendaftaran menjadi seorang pelajar kembali. Ya, aku menyambung pelajaran ijazahku secara separuh masa di OUM dalam Bachelor of Islamic Studies (Islamic Management) Islamic Management with Honours. InshaAllah, mohon doakan sentiasa. Ini keputusan aku setelah bergelut dengan bermacam perasaan dan fikiran. Tidak aku lupakan, orang pertama yang aku nyatakan hasrat ini, adalah Mama.

Aku tidak tahu, sangat kuat keinginan aku untuk menyambung pelajaran. Hanya Allah kekuatanku. Aku hanya ingin meneruskan pelajaran.

Mohon doanya dari semua. Saban hari berfikir tentang kerja sahaja. Moga sahaja, aku terus kekal kuat keazaman dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Selanjutnya., nanti aku teruskan lagi menulis.

Begitulah.

Allah adalah sebaik-baik pembuat rencana. Buktinya, kamu dihadirkan di dalam hidup aku dan  rencanaku berubah, dan semesta menjadi ramah dari sebelumnya.

Ada orang melihat menulis itu sebagai sesuatu yang biasa. Ya biasa saja, ada apa pada tulisan. Cuma susunan aksara seperti karangan. Bosan! Memikirkan tulisan yang dituliskan. Ada orang melihat tulisan itu satu jiwa baginya. Dengan menulis dia bergembira, dengan menulis dia lebih termotivasikan, Ada juga yang melihat tulisan sebagai satu senjata, untuk membangkang, membicarakan, membinasakan. Ada orang melihat tulisan sebagai satu zikir kepada Tuhan. Menulis tentang agama, bercerita tentang keagungan Tuhan dan sebagainya.

Aku? Sangat menyukai tulisan. Untuk jatuh cinta.

Sunday, 22 October 2017

Sentiasa melihat.

Dalam setiap hal-hal dalam hidup kita memang akan ada yang akan memberikan pelajaran berharga. Untuk difikirkan, direnungkan. Pengalaman yang biasa kita temukan yang seringkali membuatkan kita sedar bahawa menjalani kehidupannya bukannya mudah. Apalagi kalau kita tidak tahu tujuan yang jelas akan kenapa dan ke mana kita perku melangkah dengan jelas mengharungi samudera kehidupan yang luas ini.

Ibu tetap di sisi memerhatikan anaknya, si lelaki duduk melihat televisyen, para jururawat kekal di posisi masing-masing; ada yang di kaunter, ada yang di bilik rawatan dengan pintu menjadi pemisah, ada berketawa dengan rakan sekerja, ada yang mengunyah sarapan, ada ke tandas, ada yang penuh gugusan kunci di tangan mungkim membuka kunci segala pintu, tidak kurang pesakit-pesakit yang menunggu.. aku; juga kekal menunggu, memerhati ragam di sekeliling yang tidak dikenali.. sungguh itulah gerak manusia.

Pagi memulai pekerjaan, cerah membantu pergerakan, bila mula malam maka berehatlah semua yang bekerja.

Pada diwaktu-waktu inilah saatnya seorang hamba mengingati Tuhannya.. di saat kesibukan inilah saatnya seorang hamba mengingati Tuhannya..

Jika sahaja di waktu senangmu kau tidak mengingati Tuhanmu, maka apatah lagi di waktu sibukmu?