Monday, 9 October 2017

Ada yang lebih dari sekadar patah.


Masih kosong aku. Masih mencari kata.

Alhamdulillah.

Mula lagi kembali.

Catatan sebelum menutup mata, penuh harap akan menemani sampai ke akhirnya. Setiap kali aku menulis di sini pertama-tama aku tujukan untuk mengingatkan diriku sendiri, entah hari ini atau suatu hari aku ulang baca tulisanku ini.

Salam dariku, pertama; aku ingin kembali mencintai tulisan. Memerhatikan dan menuliskan. Bebas; terpulang untuk dihakimi. Aku tidak kisah dan akan meneruskan aksara.

Mimpiku; lancar aksara dariku.

Mempercayai mimpi-mimpi sendiri itu perlu. Sebab sekian banyak alasan seseorang bisa bangkit adalah dari kepercayaan diri sendiri. Bahawa Allah menciptakan kita dengan sempurna dan bagaimana istimewanya kita hanya diri kita sendirilah yang mampu mengupayakan. Tentunya, sentiasa melibatkan Allah dalam setiap aspek kehidupan yang kita hadapi.

Bersama Allah, yang tidak mungkin akan menjadi mungkin.

Salam dariku; mahu memulakan kembali.

Selamat mencintai tulisan Nisa! :)

No comments:

Post a Comment