Saturday, 3 December 2016

So, this is a real goodbye, maybe.

Assalammualaikum.

Baru balik, dari lawatan rehlah perpisahan mantan MPP; kami. Aku punya banyak kalam jiwa, tapi hairan, untuk diluahkan pakai suara, payahnya. Kenapa yaa? Untuk diterjemahkan pastinya tidak sama seratus peratus.

Saat ini juga menghitung bulan, berhempas pulas di tahun akhir, yang mana paling banyak pastinya ujian jiwa. Separuh hati tidak sabar mahu kembali, separuh rasa gerun mahu berdiri di sini lagi. Aku tidak tahu, tapi aku tersenyum menuliskan ini. Semester ini bererti walau banyak ujian jiwa. Sangat-sangat bermakna.

Tuhan, lebih kurang setahun lebih Allah telah ajar aku banyak benda. Dan semuanya sangat mematangkan.

Setahun lebih yang menyaksikan satu persatu prinsip aku lebur,
Setahun lebih yang menyaksikan airmata mengalir secara tiba-tiba,
Setahun lebih yang menyaksikan kemanjaan yang tidak tertahankan.

Olehku.
Sifatku.
Gayaku.

Terlalu banyak hal yang berlaku pada saat bermakna ini, hal yang memenatkan otak. Hal-hal yang melemahkan tenaga dan juga hal yang menurutku tidak menurut logik akal.

Thursday, 17 November 2016

Kadang kita perlu menjadi tuli.

Hidup adakalanya adalah tentang bagaimana kita mahu tahan diri daripada putus asa. Juga, tentang bagaimana untuk tidak langsung putus asa. Perasaan jatuh tidak mahu bangun itu kadang tidak boleh lari daripada kita.

Tapi itulah.. menjadi Muslim dan Mukmin ini, Allah mengajarkan kita menjadi lebih dari yang diri kita sendiri tahu. Di saat kita terdesak, barulah kita tahu tahp kita yang lebih.

Setiap orang adalah tuan kepada dirinya sendiri. Orang lain mampu menghulur tangan, membantu. Yang mahu menentukan untuk menyambut huluran tangan itu adalah kita sendiri. Kajilah kelemahan diri dan binalah kekuatan yang akan melindungi kelemahan itu.

Jadilah siapa yang kita mahu jadi, yang penting jangan jadi apa yang dimurkai oleh Allah.

Monday, 24 October 2016

Bahuku tidak segagah dulu.

Alangkah kalau bisa saja begitu. Kau datang,  aku hulur bahu. Marilah tumpang bersandar. Aku tahu kau lelah jalani hidup. Pinjamkan saja bahuku ini, bukanlah berat kepala mu untuk pundakku tanggung. Tidaklah aku berkira-kira mahu tepis atau jatuhkan kepalamu, jangan risau. Aku masih lagi mampu menjadi tugu untuk kau lepaskan lelah tanpa ragu. Alangkah kalau bisa saja begitu.
Tapi kini aku bukan seperti itu. Bahuku sudah tidak kelihatan. Aku sendiri kenanaran mahu menumpang rehat di celah mana. Bukan aku tidak lagi sudi pinjamkan bahu, tapi aku sendiri tidak mampu berdiri dengan aman, bagaimana bisa aku jadi tempat sandaran? Alangkah kalau bisa saja begitu.
Tapi hari ni bukan lagi seperti semalam. Kau datang, tidak aku sambut, halau juga tidak. Tapi kau tidak juga mahu fahami aku. Kau masih tetap datang dengan beban yang berat di mata dan sarat di jiwa. Bebanmu terlalu banyak sehingga kau tidak lagi nampak bahuku sebenarnya sudah sedia penuh dan menunggu rebah. Padahal kau cukup tahu bahuku pernah patah. Bahuku tidak segagah dulu. Kau tahu itu. Alangkah kalau bisa saja begitu.
Aku dengan bahuku yang belum sembuh dan kau datang lagi minta dipinjamkan sedikit ruang di celah itu. Tidak mengapa, datang sajalah.
Aku tahan saja, sampai nanti aku jatuh tidak lagi bangun.
Untuk kau.

Sunday, 16 October 2016

Maafkan aku untuk waktu itu, Tuhanku..

Tergenggam sakit, luka-luka di dalam. Intaian keangkuhan sekejap ada sekejap tiada. Noda di dalam pergaulan sesama manusia. Jiwanya memberontak mahukan kepuasan yang infiniti entah bila akhirnya. Semuanya tersimpan diam-diam dengan jutaan pura-pura pada luaran. Itu semuanya, mungkin kerana sempat melupakanMu waktu itu.
Maafkan untuk waktu itu, Tuhan.
Semua hal yang tidak terjangka sekalipun, Kau tidak pernah lepas mengendalikan. PerancanganMu, membawa seorang yang lemah selemah-lemah jiwanya menjadi seorang yang mahu mengenalMu, Allah, jalan menujuMu.
Kini, yang mampu dilakukan hanyalah terus berusaha dan bangkit serta tetap berserah diri padaMu. Terima kasih atas teguranMu. Terima kasih kerana masih Kau titipkan mereka yang bersama di jalan menujuMu. Mereka yang masih percaya, mereka yang masih bertahan serta menguatkan dalam keadaan ini.
Ajari aku bersyukur Tuhanku..
Dalam keadaan apapun,
ingatkan aku lagi, 
bahawa dalam ketidakmampuanku,
ada Kau yang maha memampukan.

Hari ini aku begitu rindu. 
dan esok akan kuceritakan pada mereka yang belum tahu,

bahawa Kau-lah tempat ternyaman.

Sunday, 2 October 2016

Dedikasi untuk wanita itu.

2 Oktober 2016

Seorang kakak,
Anak perempuan ibu dan ayahnya,
cikgu anak muridnya,
Teman menulis waktu lapang,
Saudara halaqah,

Dan, pejuang..

Setiap yang hadir dalam hidup kita membawa pengertian yang berbeza-beza. Bergantung, mana yang kau selesa. Bergantung. Datang yang kurang baik, ia memberi pengajaran dan peringatan, juga pengalaman. Datang yang baik, berkesempatan untuk kita mengenang. Tidak ada yang muncul, menyinggah tanpa ada alasan.

Dan untuk nikmat insan yang satu ini, wanita besi yang aku kenal. Bakal letih kerinduan jika aku ceritakan satu-satu, terlalu banyak kenangan, terlalu banyak kesakitan yang terasa, yang paling penting istimewanya di hati. Manis tetapi terlalu sakit sehingga aku paksa lupakan semuanya. Dipaksa, manis tetapi perlu kekuatan untuk mengingat kembali semuanya. Banyak yang aku belajar dari wanita besi ini. Cuma kurangnya masa kami bersama, tetapi lebih kepada cinta. Cinta seorang sahabat, cinta seorang kakak dan adik, dan cinta dalam berjuang..

Di saat semua cuba mengerti saatnya aku jatuh, mengerti kenapa aku perlu mencari ruang sendiri, mengerti kenapa aku perlu lari mencari kekuatan-- 

baginya, dia mengerti, tapi tidak mahu mengerti dan teruskan hulurkan tangan.

Inilah insan yang aku tahu tidak berputus asa.

"Dik, belum berjuang lagi takkan sudah mahu mengalah?"

Aku diam, merenung tanah.

"Mari kita berjuang habis-habisan. Jangan mengalah."

Ayatnya menyentuh, Kita katanya. Bukan hanya aku. Dia meyakinkan, dan aku pula menerima keyakinan. 

Aku sambut tangannya,

"Mari kak, bawa aku."

Belum sempat dia menggenggam erat tanganku, dia pergi. Dan aku? Dari jiwa yang baru mahu bangkit, lemah kembali.

"Kakak di mana? Kakak lupa mahu menggengam tanganku erat? Bersama?

Hanis Syafa, nama lama masih melekat di jiwa.





Monday, 19 September 2016

Tarbiyah dari Awan punya Tuhan.

Awan: Hujan, aku rindu.

Hujan: Kenapa mesti rindu? Kitakan baru saja bertemu. *senyum menyembunyikan perasaan*

Awan: Kamu datang cuma sebentar. Dan setiap kali kamu datang jugalah aku mesti melepaskan kamu. Bagaimana aku tidak rindu?

Hujan: Rasanya tidak perlu untuk aku ulangi lagi apa yang sudah aku beritahu, kan?

Awan: *diam* Kamu tahu.. kalau kamu ulang seribu kali pun aku tidak akan jemu, Hujan! Kerana itu tazkirah bagiku. Aku sedar aku ini lemah. Mudah goyah dengan perasaan. Bukankah Tuhan kita sudah berfirman dalam Surah Az-Zariyat ayat 55, "Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin."

Hujan: *senyum lebar* Kamu semakin matang, Awan. Tsumma Alhamdulillah. Aku jadi malu pada kamu.

Awan: Aku baru belajar, Hujan. Masih terlalu jauh untuk jadi yang terbaik. Sungguh, tarbiyah ini mematangkan.

Hujan: Awan.. kamu tahu, beruntung aku.

Awan: Alasannya?

Hujan: Kita mungkin tidak selalunya bersama. Kamu menampungku untuk sebentar cuma. Sebentar lagi, aku pasti akan turun ke bumi. Dan begitulah selamanya. Tapi, aku beruntung kerana masa yang sedikit ini betul-betul mengajar aku. Bersamamu, aku makin kenal diriku. Aku makin kenal Tuhanku.

Awan: Aku juga terlebih beruntung. Kerana nasihatmu yang membentuk diriku, yang mematangkan aku. Nasihatmu yang buat aku jadi tahu, cinta itu luas maknanya! Cinta saja tidak cukup kalau ikhlasnya bocor. Dan sekarang, aku belajar untuk ikhlas dalam setiap cubaan. Supaya cinta aku ada buktinya. Supaya cinta aku ada ertinya.

Hujan: *diam* Awan.. Sakitkan saat dilepaskan dan melepaskan? *sebak yang kuat ditahan*

Awan: Kamu juga yang beritahu aku.. ada waktunya, melepaskan itu lebih baik. Bukan? Kerana kita terlalu kerdil untuk menduga perancangan Tuhan. Mungkin kalau kita sering bersama, masa kita akan lebih terbuang. Tiada tazkirah dan nasihat seperti ini. Dan mungkin, akan ada rasa jemu di antara kita kerana selalu saja kita bersama.

Hujan: Allahu Rabbi.. Awan.. Awan.. Terima kasih Awan! Terima kasih untuk tarbiyah ini. Inilah tarbiyah paling indah dari kamu, Awan. *airmata jatuh untuk pertama kalinya di hadapan Awan*

Awan: Jangan kamu lupa, Hujan. Ini bukan tarbiyah dari Awan. Tap tarbiyah dari Awan punya Tuhan. *senyum lebar dengan mata berkaca*

Hujan: Subhanallah!








Asytari Srikandi, Orkid.

Monday, 5 September 2016

Awan, dengar nasihat Hujan.


kredit Tumblr


Awan: Hujan, tolong jangan pergi..

Hujan: Awan, ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban hanya kerana tidak ingin aku pergi.

Awan: Tapi aku masih mampu.

Hujan: Ya, kau masih mampu Hujan. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan? *senyum*

Awan: *diam*

Hujan: Aku harus patuh pada Tuhan kita. Dan kau pun harus akur pada Dia. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.

Awan: *menangis*

Hujan: Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih? *sebak menahan perasaan*

Awan: Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku. Hanya demi Tuhanku. Terima kasih Hujan. Mendengarmu, aku mengenalku.

Hujan: Allahu Rabbi. Selamat tinggal Awan. Doakan aku bermanfaat buat mereka yang lain.

Awan: *airmata jatuh tanpa henti*







Asytari Srikandi, Orkid.

Thursday, 1 September 2016

Pertanyaan sederhana; dan diam.

Ada diam yang tidak ingin ditanya mengapa ia tidak bersuara. Ada diam yang tidak ingin ditanya mengapa ia tidak mengucapkan sepatah kata. Ada diam yang inginnya sendiri sahaja, tidak mahu ditemani.

Ada sepi yang lebih tenang daripada keramaian. Ada sepi yang lebih indah dari sekadar percakapan bersama yang lain. Ada sepi yang dinikmati sendiri. Sepi yang digunakan untuk merenungi diri, sepi yang digunakan untuk mencari diri.

Diamnya kerana ia perlu waktu untuk bersendirian untuk berbicara dengan hatinya sendiri. Sepinya ia kerana ia ingin berdialog dengan sisi lain dalam dirinya.

Di dalam diamnya hanya ada satu pertanyaan sederhana yang membuatnya benar-benar tidak ingin diganggu;

Pencapaian apa yang telah aku capai hari ini?
Pertanyaan sederhana.

Semoga kita bersama, menjadi diri yang sentiasa mahu memperbaiki diri.


Wednesday, 31 August 2016

Wanita Baik

Pernah kamu mendengar cerita tentang wanita baik?

Dia, yang berjuang tanpa lelah.

Dia, yang menahan perihnya luka,
rapuh dan tidak terlihat oleh sesiapa,
yang tetap tersenyum bahagia.

Wanita yang selalu tersenyum saat bertemu ibunya,
katanya, tidak ingin membuat orang lain susah.

Wanita dengan segala kemampuannya,
menampung segala bebannya.

Dan dia percaya, beban ditanggung sesuai kemampuannya.
Dia percaya bahawa Tuhan bersamanya.

Wanita baik itu, terlalu baik,
sampai dikatakan aneh oleh rakan-rakannya.

Dia bukan aneh,
 tapi cuma orang lain tidak memahami,
betapa mulia hatinya.

Wanita baik itu, ada.

Mungkin, kamu?

:)


Cinta yang sedang aku perhatikan.


Lain macam, tajuk.

Cinta dikatakan rumit oleh kebanyakan manusia, tafsirannya.

Namun, apapun tafsirannya, semoga ia adalah proses kita menuju kebaikan.


Jika cinta itu manusia, mungkin ia akan menjadi gemuk kerana terlalu kenyang dengan segala tuduhan dan definisi yang pelbagai.

Maka, aku tuliskan maksud cinta yang diterjemahkan bebas ini.

Cinta itu, boleh bermakna jamak, tunggal ataupun infiniti.

Cinta cahaya kepada klorofil, membuatkan ia menghasilkan kehidupan untuk semua. Begitu keindahan tercipta. Cinta dari dan kepada semua masyarakat, menghasilkan negara merdeka, kukuh, aman dan damai. Cinta yang diikat secara suci, tidak perlu menyakiti dan perlu saling menasihati maka akan menghasilkan madrasah yang berikutnya dinamakan keluarga. Hingga tiba kepada cinta Pencipta kepada hambaNya, mewujudkan taqwa, ianya tidak terbilang, sungguh. Infiniti.

Itu.

Meski tidak semua cinta itu mendekatkan, seperti matahari yang mencintai bumi tanpa mendekatinya. Kerana ia tahu bahawa mendekatinya hanya kan membalikkan erti dari cinta itu sendiri, meyakiti.

Lalu kini, bagaimana dirimu menceritakan jati diri cinta?

Biar jadi emosi.

Ini bukannya pertama kali aku diam tidak dapat berucap. Hanya di dalam batin tersimpan untuk diriku sendiri. Aku tidak menyalahkan sesiapa, atau keadaan pun aku tidak salahkan. Hanya aku, menyesal dan kecewa. Seolahnya ditinggalkan begitu sahaja, tiada jawapan penuh teliti. padahal mungkin tidak begitu sepatutnya. Ini mungkin hanyalah rasa takutku kepadamu.


Menangis? Jangan ditanya kerana aku biasa menangis ditutupi senyuman. Perasaan dan imanku berbolak-balik. Sebab itu aku meminta kepada Tuhan, mohon dijaga jiwaku. Sebab itu, aku menyerahkan segala kebergantunganku kepada Tuhanku.

Aku perlu menenangkan diri, sejenak. Dan perlu memahami, rasanya ditinggalkan setelah dipeluk erat seolah-olah tidak akan dilepaskan. Aku perlu memahami segala kemungkinan. Bagaimana rasanya berdiam.

Entah, kenapa aku menulis dan menjadi emosi seperti ini.

Maafkan aku.

Monday, 29 August 2016

Mahu ke mana kamu?

Sejak siang tadi, banyak yang menanyakan saya mahu ke mana.
Ada yang message via whatsapp, tag saya di Facebook, bahkan kiriman pesanan melalui email.
Saya tidak ke mana-mana.
Tapi jika ditanya mengapa saya belum juga memberitahu tentang apa yang terjadi hari ini, 
jawapan yang paling jujur, adalah kerana saya marah.

Menikmati waktu yang lebih lama dari biasa.

Menunggu hari itu, seakan ingin aku percepatkan waktu.

Ada banyak juga ketakutan yang aku fikirkan sekarang, yang aku tutup rapi dnegan senyuman.

Aku menutupkan takutku dengan membaca. Memberi bekal diriku di masa depan.

Kadang dengan itu, hatiku menjadi tenang.

Tulisan sekian lama.

Saya adalah satu dari sekian juta manusia yang menyukai puisi, bau buku-buku (perpustakaan/kedai buku) dan tulisan manusia yang menyentuh.

Selama waktu masih berjalan, selama itu kehidupan akan terus bercerita, salah satunya ditulis.

Hidup yang bermanfaat salah satunya dengan saling memberikan pengajaran, pelajaran dan menyampaikan hikmah.

Kalau pernah gagal, ceritakanlah sebabnya gagal dan bagaimana caranya bangkit kembali.
Kalau pernah meraih kejayaan, ceritakanlah perjuangan, agar orang meraih kejayaan yang sama.
Kalau pernah bahagia, ajarkanlah orang-orang untuk bahagia.
Kalau pernah berduka, ajarkanlah tentang kesabaran.

Inilah tulisan sekian lama, entah bila kembali suara dalam diri.







Tengah berperang di medan baru.

Bila sudah bertukar medan, kau kena berperang dengan jiwa. Yang pasti jiwanya sama, cuma ianya berbeza. Senjata berperang sudah cukup kau sediakan?
Tahu, ianya tidak sama di medan kau biasa.
Paling ditakutkan, kau terpengaruh dengan musim konflik dan manipulasi sikap yang berlaku.
Tsabatkan aku, Tuhanku.
Selamatkan aku, Tuhanku.
Saat bertukar itu, terasa amat menyesakkan.
Sedangkan dikatakan, jiwa kau kena kuat kan?
Namapun pejuang.
Itulah salah satu caranya.

Wednesday, 13 July 2016

Andai kata.

Beberapa malam aku gelisah memikirkanmu, aku tidak tahu kenapa.

Terkadang, rasa tidak tahu ini menghantui. Meskipun, aku yakin sekali, segala pertanyaan yang ada terbuka tanpa jawapan yang pasti. Setidaknya aku masih mengharapkanmu.

Beberapa doa masih kusebut namamu. Cemas sekali. Jika bukan sebab kamu, aku tidak tahu aku bagaimana. Meski banyak ketidaksempurnaan diriku.

Kamu masih ku pilih menjadi satu-satunya, aku sungguh masih ingin percaya.

aku fikir aku mampu menyembunyikan perasaan, tetapi semuanya ada kamu yang bersembunyi di sebalik perasaanku,

Wednesday, 8 June 2016

Ramadhan Kareem!

Assalammualaikum.
Winds never fail to fascinate me,  l made my way to feel the calmness of winds more closely with earphones plugged in playing Surah Rahman in my head.  I raised my eyes to sky,  decorated with sparkling stars which do not usually appear as clear as appeared tonight,
"Allah is the One Who has set out for you the stars,  that you may guide yourselves by them through the darkness of the land and of the sea.  We have detailed the signs for people who know." (6:97). 
All together seemed as if Allah swt sending mercy and sign from sky through the language of nature that this blessed month has arrived,  the mere awareness of this beauty is pleasing to the soul. 

Saturday, 5 March 2016

Type people.

" Can I call you?"
"Can I see you?"
I love those.
I miss you.

Saturday, 27 February 2016

Jarak dalam satu waktu, akan mengajar kita bertahan.

Kerana pada akhirnya orang yang jatuh cinta itu perlu bangkit melawan rasa dan menahan segala retak.
Kerana mencintai seseorang dengan kadar yang luar biasa itu sering membuat manusia kehilangan diri.
Maka dari jiwa yang hancur ranap itulah dia bakal tumbuh menjadi orang yang hebat dan menjadi orang yang baru dengan hati yang baru walaupun kemungkinan besar sisa nama lama masih lekat tak mahu hilang.
Kau tahu bagaimana caranya mahu elak dari menjadi orang yang kalah dalam menuntun rasa?
-- Bersederhanalah dalam segalanya.

Thursday, 25 February 2016

Bismillah.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, mari ucapkan kalimah syukur itu di bibirmu, walau sekali. 

Mari.. mari.. Alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah, yang meletakkan hambaNya di suatu tempat yang tiada sia-sianya. 

Tiada tarbiyyah yang lebih sempurna melainkan tarbiyah terus dariNya. 
Alhamdulillah, bukanlah manusia yang menutur kata sehingga mengesani jiwa.. 
tetapi Allah yang mencampakkan rasa itu, dan Dia memberikan kita peluang sekali lagi.

Moga dengan adanya rasa syukur itu,
sentiasa membuatkan kita kuat berdiri,
di sini,
hari esok,
kemudian.

Aku mahu menulis di luar alam kali ini. Sungguh, sangat banyak yang aku mahu kongsikan, tetapi segerombolan kata tidak mampu dinyanyikan di kanvas tulisan ini.

"We borrowed something from Allah and it has been planned for Him to take it back and InshaAllah, I believe He'll give something good soon."

Dua puluh lima Februari ;
aku di sini tengah praktikal; di daerah ku sendiri.
Ada lagi lebih kurang baki sebulan lebih untuk sediakan diri dan sihatkan diri penuhkan diri pada skala maksimum (kalau mampu) di kesempatan yang sentiasa ada. Kalau aku katakan mahu menyambung 'perjuangan' yang tertangguh, ianya berbeza medan. Tetapi sekarang pun sedang berjuang sebenarnya.
I just found out one of the hikmah actually so, I start to write this entry, in this my second blog; new canvas of my blog (actually my first blog; deleted).
Today, some conversation; with me and someone.
"Sayangnya kamu tidak habiskan matrik. Sekarang ni kena tunggu tiga tahun mahu habiskan diploma. Tua-tua baru sambung degree. Rugi."
I've heard that kind of words since I decided to extend my study at here some place at Keningau; we call it IPDAS. Banyak sangat aku dengar pertanyaan penyataan sebegitu sampai kadang aku sangat muak dengar dan balas dengan senyum saja. Kadang sampai tahap aku 'buang' 'lari' dari mereka jauh-jauh sebab serabut dengan pertanyaan penyataan mereka yang tidak ada lagu.
Sebab kenapa;
pertanyaan pernyataan itulah yang buatkan aku semakin resah berfikir;
"If I never stop over there.."
"If I choose to stay.."
"If I don't go to.."
"If I don't answer for those stupid questions.."
Everything's out.. The "If I"...
Dear people, for myself also,
we never know how our words can affect someone, bad or good. Macam kita sendiri yang pernah sakitkan hati orang dengan ayat kita, samalah juga apa yang kita rasa bila orang usik emosi kita.
But, Alhamdulillah for I never regret my choice back then, walaupun tiada ada seorang pun yang katakan "you did a right thing", I can feel it how happy my life now to extend my study here. I met a good people here, who support me. That's the hikmah actually after some choice that you make. You will know how to learn and get experience with it.
Sebenarnya Allah uji.
Tidak ada kata rugi dalam proses belajar no matter how long it'll take. Hal-hal inilah yang selalu aku yakinkan bila ada orang kembalikan pernyataan cakap rugi tidak habiskan matrik, dan banyaklah. Ataupun dalam bahasa tersiratnya samalah bunyinya; diploma ni buang masa.
Tiga tahun ambil diploma; rugi. Itu kata mereka. Kita tidak tahu, apa menanti kita di depan. Semua orang berbeza keadaan. Ada jatuh bangunnya. Tiada yang sama, kalau sama pun tetap berlainan. Kabur berhadapan pertanyaan pernyataan begini. Terima kasih aku berikan. Ya, silapku mungkin dalam mengatur diriku. Entahlah. Tiada kata lagi.
Masa itu hak Allah. Macamana lama belajar sekalipun tidak ada kata rugi sebab ilmu yang datang bukannya sama hari ke hari.
Alhamdulillah.
Allah uji pada aku titik yang lemah ini untuk aku yakinkan pada diri sendiri; apa yang aku pegang selama ini.
Tidak mengapalah,
just thinking of how Allah make it so far enough for me to have a reason to smile again.
That's all, hujah beremosi yang tiada makna.
Ada makna, tapi tidak lekat makna.
Stand up, baby.
Run.
You have a race to win!

When I write this for you.

Betapa.
Betapa hati aku ini terbuku kerinduan yang begitu banyak - rindu yang berumah.
Ia perlahan-lahan menjadi sebahagian dari diri, di situ.
Seperti buku, begitulah keadaan rindu aku. Terbuku menjadi koleksi yang kalau aku susun dalam timbunan aksara, boleh menghasilkan banyak kisah.
Tapi aku tidak mahu menulis tentang rindu-rindu aku yang aku sendiri tidak tahu sebenarnya mahukan apa. Sangat untung kita Allah cipta, punya RAM yang besar, boleh diisi dengan kadar infiniti tanpa ada amaran 'low space'..
Kan?
Kalau rindu yang terbuku ini dibukukan, apakah akan habis rindu ini setelah menjadi buku?

Aku mahu bertanya khabar

Tuan, apa khabarmu sekarang?
Surat-surat yang sudah berbuku aku tuliskan, tapi tidak pernah berani untuk beri kau baca.
Setiap helaian surat itu adalah maksud yang ingin sekali aku ingin kau fahamkan. Setiap dakwat yang tertumpah di surat itu yang menjadi kumpulan huruf adalah sebahagian dari detik rasa yang mengalir, memberi nafas kehidupan.
Sekali lagi, aku tuliskan surat buatmu,
tapi aku tidak kirim untuk bagi kau baca.
Aku selesa begini, menulis dan membacanya sendiri.
Dengan begini, aku mempunyai rasa yang lebih terjaga,
Dan kau lebih dekat;
ada tapi tiada, tiada tapi ada.
Rindu.

We tend to give opinions about the thing we don't know and then the opinions given may hurt others. We neither know nor care.

Wednesday, 24 February 2016

When your heart break a little everyday.

We all born okay until on day our hearts break into pieces. But, that's okay too. Because the heartbreaking feeling won't last.

It's one of the balance in this life, right? 

When there's earth, there's air.
When there's fire, there's water.
When there's pull, there's push.
When there's sadness, there's happiness.
When there's evil, there's good.

The balance shows that having a heartbreak isthe nature of being human.
We need it too.

So, being broken will make us have a better heart, InshaAllah.


Hilang


Untuk lebih faham.

Ini blog yang kedua.
Blog lama akan tetap menulis di sana cuma, ikut hati.
Aku takut lupa cara menulis.
Sekarang makin lupa menulis.
Benda aku paling takuti,
hilang kecintaan pada menulis,
Kerana kesibukan.

Tuesday, 23 February 2016

saat dunia cuba memeluk ku, 
aku lebih mahu merasa nyaman dalam peluk-Mu. 
maka jangan pernah tinggal aku; Tuhan--

Kata-kata yang merajuk

Banyak hari saya memaksa diri untuk menulis di sini tetapi tak berjaya dan terdaya. Hampir setiap hari saya berfikir, bagaimana untuk menghidupkan semula tulisan? Hampir setiap hari saya bertanya, apa yang menahan diri saya sehingga tak mampu menzahirkan kata-kata berupa tulisan?

Sehinggalah pada akhirnya saya bersetuju, 'bagaimana' dan 'apa' hanyalah sebuah pertanyaan yang sia-sia. 

The Lady who was Beautiful Inside by Edward Monkton

;draft

I'm going to write a new one.