Sunday, 2 October 2016

Dedikasi untuk wanita itu.

2 Oktober 2016

Seorang kakak,
Anak perempuan ibu dan ayahnya,
cikgu anak muridnya,
Teman menulis waktu lapang,
Saudara halaqah,

Dan, pejuang..

Setiap yang hadir dalam hidup kita membawa pengertian yang berbeza-beza. Bergantung, mana yang kau selesa. Bergantung. Datang yang kurang baik, ia memberi pengajaran dan peringatan, juga pengalaman. Datang yang baik, berkesempatan untuk kita mengenang. Tidak ada yang muncul, menyinggah tanpa ada alasan.

Dan untuk nikmat insan yang satu ini, wanita besi yang aku kenal. Bakal letih kerinduan jika aku ceritakan satu-satu, terlalu banyak kenangan, terlalu banyak kesakitan yang terasa, yang paling penting istimewanya di hati. Manis tetapi terlalu sakit sehingga aku paksa lupakan semuanya. Dipaksa, manis tetapi perlu kekuatan untuk mengingat kembali semuanya. Banyak yang aku belajar dari wanita besi ini. Cuma kurangnya masa kami bersama, tetapi lebih kepada cinta. Cinta seorang sahabat, cinta seorang kakak dan adik, dan cinta dalam berjuang..

Di saat semua cuba mengerti saatnya aku jatuh, mengerti kenapa aku perlu mencari ruang sendiri, mengerti kenapa aku perlu lari mencari kekuatan-- 

baginya, dia mengerti, tapi tidak mahu mengerti dan teruskan hulurkan tangan.

Inilah insan yang aku tahu tidak berputus asa.

"Dik, belum berjuang lagi takkan sudah mahu mengalah?"

Aku diam, merenung tanah.

"Mari kita berjuang habis-habisan. Jangan mengalah."

Ayatnya menyentuh, Kita katanya. Bukan hanya aku. Dia meyakinkan, dan aku pula menerima keyakinan. 

Aku sambut tangannya,

"Mari kak, bawa aku."

Belum sempat dia menggenggam erat tanganku, dia pergi. Dan aku? Dari jiwa yang baru mahu bangkit, lemah kembali.

"Kakak di mana? Kakak lupa mahu menggengam tanganku erat? Bersama?

Hanis Syafa, nama lama masih melekat di jiwa.





No comments:

Post a Comment